Rabu, 3 Mac 2010

Sejarah SKTA1348

Lokasi : SK Telaga Air, Lorong 3, Kpg Telaga Air, Jalan Matang 93050 Kuching,
Sarawak.
Luas Tapak : 3 Hektar Lebih
Gred/Jenis Sekolah : Gred A/Asrama
Bahagian/Kawasan : Kuching/Daerah Kecil Padawan
Sesi : Satu Sesi (Pagi)
Bilangan Murid : 317 Orang
Bilangan Murid Asrama : 76 Orang
Dun : N3/YB.Dr Abdul Rahman Junaidi
Kawasan Parlimen : P137/ YB Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

Sejarah penubuhan sekolah ini berlaku serentak dengan penubuhan dan perpindahan penduduk dari persekitaran kampung ini dalam tahun 1986.Pada mulanya sekolah ini adalah merupakan sebuah sekolah cawangan SK Sibu Laut di bawah pentadbiran Guru Besar SK Sibu Laut ketika itu, iaitu Encik Morni bin HJ Untong. Sekolah ini dibina 1986, secara gotong royong oleh penduduk-penduduk kampung. Pada masa itu sekolah hanya mempunyai dua (2) bilik darjah dengan bilangan murid seramai tigabelas(13) orang sahaja.

Pentadbiran secara berasingan sekolah ini mula berkuatkuasa pada 01.02.1987 dengan bilangan murid meningkat seramai 25 orang dan 2 orang guru dibawah pentadbiran Guru Besar yang baru iaitu Encik Resat bin Hj Tomi. Pada tahun 1991, bangunan sekolah baru yang telah siap dibina. Bangunan sekolah baru ini terletak lebih kurang 1 km dari tempat sekolah lama di tepi tebingan sungai Sibu. SK Telaga Air mula berubah tempat ke bangunan barunya pada bulan september 1991.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan