Jumaat, 5 Mac 2010

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR, KUCHING DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KEPADA SEMUA PELANGGAN KAMI

PIAGAM PELANGGAN 2 (MURID)

*1. Melahirkan murid global dan berkualiti bukan sahaja dari segi aspek akademik, tetapi mempunyai disiplin dan sahsiah yang baik dan daya ketahanan tinggi, berdaya saing, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta yang percaya dan patuh kepada Tuhan.

*2. Mewujudkan sekolah penyayang dan keyakinan setiap murid berhak kepada pendidikan, belas kasihan dan berpotensi untuk mencapai kecemerlangan.
*
*
3.Mewarnai sekolah dengan budaya positif dan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif serta perancangan terlaksana dengan efektif dan meninggalkan impak yang diharapkan kepada semua murid.

PIAGAM PELANGGAN 3 (STAF)

*1. Mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan menambahkan keinginan guru-guru dan staf sokongan untuk berusaha bersungguh- sungguh untuk meningkatkan prestasi murid kepada tahap pencapaian yang terbaik mungkin.
*
*
2.Memartabatkan professional keguruan dan melonjokkan kecemerlangan institusi pendidikan.

*
*3. Penambahbaikan amalan dan tindakan ke arah mencapai misi dan visi sekolah.

*
*4. Menggalakkan warga sekolah amalan ‘thinking outside the box, seeing the big picture”, mempunyai aura yang tinggi, penguasaan bahasa kedua dengan baik penguasaan kemahiran ICT, mementingkan Kualiti Kerja, pengamatan budaya bermusyarah serta amalan berbudi bahasa – supaya sekolah kita akan terus kekal relevan dan berdaya saing dalam menjana pembaharuan dan menangani perubahan.

*
*5.Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, berintegriti bertanggungjawab dan produktif.

PIAGAM PELANGGAN 4 (IBUBAPA/PENJAGA/WARIS/PELAWAT)

*

1. Menerima pandangan dan penilai orang lain seperti ibu bapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi kerajaan yang lainmaupun pandangan komuniti setempat tentang kemajuan sekolah.

2. Mengenalpasti penyakit yang ada di sekolah, mengenalpasti ubat yang mujarab dan jangka masa rawatan, seterusnya menjalankan rawatan sehingga sekolah menjadi sekolah perkasa, sihat dan bugar.

PIAGAM PELANGGAN 5 (STAKEHOLDER)

*

1. Memainkan peranan secara optimum dan memberi perhatian dan pendekatan yang lebih khusus untuk memastikan GEMS berpandukan PIPP dilaksanakan dengan jayanya.

2. Menterjemah dan melaksanakan semua program yang telah dirancang JPNS, JPGK dan JPDKP.

3. Memberikan sokongan, bantuan pandangan terhadap usaha JPN Sarawak melaksanakan hasrat dan harapan untuk meningkatkan mutu dan kecemerlangan pendidikan di negeri Sarawak.

PIAGAM PELANGGAN 6

1. Sekiranya institusi atau individu yang tidak puashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh sekolah atau sekiranya ada pertanyaan silalah menghubungi Guru Besar.

2. Pihak Sekolah berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan dalam atau tempoh yang tidak melebihi dua (2) minggu daripada aduan yang diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan