Jumaat, 17 November 2017

Perkhemahan Unit Beruniform 2017

27-28/10/2017
Unit Kokurikulum telah menganjurkan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah. Pengakap, PBSM, Puteri Islam dan TKRS telah terlibat secara langsung dalam aktiviti ini. Kolaborasi pihak sekolah dengan PIBG dan Border Scout Matang telah melancarkan aktiviti ini dengan jayanya. Kesungguhan semua pihak terutamanya kerjasama guru-guru untuk memastikan jawatankuasa yang dibentuk melicinkan lagi aktiviti ini. Dalam pada itu juga pada 28.10.2017 telah diadakan pertandingan persahabatan bola sepak dan bola jaring sempena lawatan muhibbah Sk Abg Kadir Gedong. Di samping itu taklimat bersama pihak UNIMAS dan guru-guru yang terlibat dengan program anjuran UNIMAS telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah.

Tahniah dan teruskan "Menjulang SKTA".




































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan