Isnin, 28 November 2016

Majlis Hafazan Peringkat Kampung Telaga Air 2016

24/11/2016

Masjid Kampung Telaga Air telah mengadakan Majlis Hafazan Peringkat Kampung Telaga Air bertempat di hadapan perpustakaan Kampung Telaga Air bersempena dengan Pesta Telaga Air 2016. Malam 24/11/2016 merupakan final hafazan. Seramai 20 orang peserta telah melayakkan diri ke peringkat akhir setelah 41 orang peserta 12 tahun ke bawah telah disaring pada 20/11/2016. Kebanyakan peserta adalah dari murid-murid SKTA. Kumpulan nasyid SKTA telah mengadakan persembahan pada malam final tersebut. Sekalung syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya.

Tahniah dan teruskan "Menjulang SKTA".









Tiada ulasan:

Catat Ulasan