Jumaat, 14 Oktober 2016

PERKHEMAHAN KEM JATI DIRI TAHUN 4-6 PADA 30/09/2016 - 01/10/2016 DI RRD 10 KEM MUARA TUANG

Pada 30 September sehingga 01 Oktober 2016 unit Kokurikulum SKTA telah menjalankan perkemahan (Kem Jati Diri) untuk murid-murid tahap 2 (T4-6). Hampir 100 murid-murid SKTA telah melibatkan diri dalam aktiviti ini yang mana telah dirancang berdasarkan takwim sekolah 2016. Pilihan tapak perkhemahan pada tahun ini telah diputuskan iaitu di RRD 10 Kem Muara Tuang Jalan Samarahan. Pihak RRD telah bersetuju untuk mengendalikan sepenuhnya program ini melalui jalinan mantap dengan pihak sekolah.  Sebelum semua peserta bergerak ke tapak perkhemahan guru-guru serta staff yang terlibat telah mengadakan sesi taklimat perkhemahan untuk mendedahkan hal-hal yang perlu mereka tahu sebelum, semasa dan selepas tamat aktiviti tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti yang melibatkan kemahiran dan ketahanan fizikal dan mental telah diterapkan dalam aktiviti ini yang mana ia merupakan modul pihak RRD mengikut kesesuaian tahap umur peserta. Antaranya adalah adalah aktiviti memasang khemah, LDK, kawat kaki, nightwalking, persembahan kumpulan, mengenal senjata dan mengenal flora dn fauna. Keterujaan murid-murid amat dibanggakan kerana situasi yang belum pernah mereka lalui sebelum ini. Kesediaan dan faham menerima arahan adalah perkara yang diutamakan dalam semua aktiviti yang dijalankan. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.

Teruskan "Menjulang SKTA".
























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan