Jumaat, 14 Oktober 2016

PROGRAM PASCA UPSR TAHUN 6/2016

Pihak pengurusan tahun 6 dibawah kendalian penyelaras tahun 6 Cikgu Ismail telah merancang pelbagai aktiviti Pasca UPSR khusus untuk murid-murid tahun 6. Antaranya adalah pertandingan menyediakan sandwich, sukan dalaman dan sebagainya. Dalam pada itu juga terdapat beberapa orang murid tahun 6 telah dipilih dan terlibat dalam program usahasama JAKIM Cawangan Kuching iaitu  Kem Pintar 2.0 yang bermula pada 10 - 13/10/2016. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terlibat. Sekalung ucapan terima kasih kepada guru-guru dan staff yang terlibat.

Teruskan "Menjulang SKTA"






















KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2016 & SUKAN NEGARA (07-09/10/2016)

Pada 07 hingga 09 Oktober 2016 unit kokurikulum telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan 2016 bertempat padang SKTA. Ia adalah salah satu usaha pihak sekolah mencari pelapis-pelapis yang berkebolehan untuk mewakili sekolah. Di samping itu juga ia adalah sejajar dengan dasar yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 1M1S (1 Murid 1 Sukan).  Terdapat acara balapan dan padang yang telah dipertandingkan mengikut kategori yang telah ditetapkan pihak pengurusan teknikal. Kejohanan Sukan Tahunan 2016 ini telah dirancang berdasarkan takwim tahunan sekolah. Ia telah melibatkan semua murid dari Pra-sekolah hingga tahun 6. Terdapat juga penglibatan KEMAS Telaga Air dalam aktiviti ini. Kesungguhan murid-murid dalam memberikan semangat kepada pasukan mereka amatlah dibanggakan walaupun serba kekurangan dan faktor cuaca diluar dugaan. Namun begitu semangat kerjasama dan berpasukan yang ditunjukkan oleh semua warga SKTA perlu dibanggakan sama ada sebelum, semasa dan selepas program ini. Dalam pada itu juga pihak sekolah telah bekerjasama dengan komuniti Telaga Air (JKKK Telaga Air) telah menganjurkan aktiviti untuk Sukan Negara pada 08/10/2016 bertempat di Dataran Perpustakaan Kampung Telaga Air. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah berjalan sekeliling kampung Telaga Air, senaman zoomba dan cabutan bertuah. Sekalung tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini hingga akhirnya. Tahniah kepada Rumah Kuning yang menjadi juara keseluruhan untuk tahun 2016. Kekalkan momentum kemenangan anda pada masa akan datang dan kepada rumah sukan yang lain jangan mengalah. Mohon maaf jika ada kekurangan.

Teruskan "Menjulang SKTA"