Isnin, 28 November 2016

Pesta Telaga Air 2016 (Pertandingan Mewarna & Pakaian Beragam)

27/11/2016

Program mewarna dan pakaian beragam bersempena dengan Pesta Telaga Air 2016 bertempat di waterfront Kampung Telaga Air. Pihak sekolah bersama dengan AJK yang dibentuk peringkat sekolah telah menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan usahasama yang sangat baik di antara pihak sekolah dengan pihak JKK Kampung Telaga Air dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan. Sekalung syabas dan tahniah kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya guru-guru, staff sokongan, pihak pengelola induk dan MPP. Terima Kasih yang tidak terhingga.

Tahniah dan teruskan "Menjulang SKTA".







Majlis High Tea @ Majlis Persaraan Cikgu Hajjah Fatimah

26/11/2016
 
Majlis High Tea @ Majlis Persaraan Cikgu Hajjah Fatimah di Hotel Riverside Majestic Kuching. Sekalung syabas dan tahniah.

Tahniah dan teruskan "Menjulang SKTA".


















Majlis Persaraan Cikgu Hajjah Fatimah dan perhimpunan akhir tahun 2016

25/11/2016

Majlis Persaraan Cikgu Hajjah Fatimah Bt. Mohd Sapar telah diadakan bagi menghargai jasa beliau dalam menyumbang segala usaha untuk menaikkan nama sekolah dan juga yang utama adalah sebagai pendidik dalam melahirkan generasi insan yang sempurna dan cemerlang. Jasa dan pengorbanan beliau akan senantiasa tersemat di hati seluruh warga SKTA. Sekalung syabas dan tahniah kepada beliau dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Tahniah dan teruskan "Menjulang SKTA".