Selasa, 10 Oktober 2017

Pertandingan menyediakan menu sarapan pagi (PASCA UPSR)

10/10/2017
Program Pasca UPSR. Pihak pengurusan tahun 6 dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan pertandingan menyediakan menu sarapan pagi yang berkhasiat. Kesemua kumpulan di beri kertas tugasan pada 06.10 dan mereka dikehendaki berbincang apakah menu yang perlu dihasilkan. Setiap menu yang dihasilkan haruslah mempunyai kombinasi karbohidrat, lemak, mineral dan vitamin. Masa penyediaan menu adalah 35 minit. Kriteria penilaian berdasarkan hasil menu, kerjasama, kebersihan dan hiasan. Seramai empat orang penilai terdiri dari 3 orang guru dan seorang kakitangan sekolah telah menilai hasil persembahan mereka. Ternyata kemahiran dan kerjasama mereka terhadap tugasan yang diberikan mantap.

Tahniah dan teruskan "Menjulang SKTA".














Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Sosial (PEERS)

09/10/2017
Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Sosial (PEERS) Di Prasekolah KPM.

Tahniah dan teruskan "Menjulang SKTA".





















Ahad, 8 Oktober 2017

PALS (mendaki Gunung Serapi)

07/10/2017
Aktiviti anjuran PALS ke Gunung SerapiPersatuan Alam Sekitar SKTA telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Serapi pada 07/10. Aktiviti ini telah disertai oleh seramai 14 orang murid dan 3 orang guru pengiring. Pendakian bermula pada jam 0845 pg dan selamat sampai ke puncak pada 1023 pg pada ketinggian 2600 kaki. Syabas dan tahniah kepada peserta dengan semangat dan kesungguhan melaksanakan aktiviti ini yang mana memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Tahniah dan teruskan "Menjulang SKTA".